Dear shoppers and readers, harini kami nak kongsi berita gembira, secara rasminya kami dah ada pembeli online yang pertama (well, yg pertama kalau tk termasuk operasi kami yg dulu :p)
Kepada cik fieza, kami harap cik suka dgan mystery gift for first online customer yang kami sediakan. :)
Sokongan dari anda semua akan menguatkan lagi syarikat kami, dan semoga perniagaan secara online yg kami jalankan akan setanding dengan penjual perfume original yang lain.
Seperti yg ramai sedia maklum, kami akan buka tapak di 3 pasar malam iaitu pasar 1hb johol, pasar malam air mawang dan pasar malam dangi (dapat satu tapak percuma). Kami masih lagi menanti jawapan dari majlis daerah tampin untuk tapak pasar malam tampin dan pasar malam gedok.
Sesiapa yg duduk di Kuala Pilah mungkin senasib dgan kami, line internet maxis prepaid broadband sekarang sangat mengecewakan. Jadi kami mohon maaf kalau lambat update senarai ready stock perfume. Disebabkan kebanyakan pelanggan membeli secara runcit, jadi pada pelanggan wechat yg merujuk kepada blog kami mungkin tak dapat book perfume anda walaupun perfume tersebut masih ada dalam senarai ready stock. Kepada encik rozali, akmal dan munirah, shipment stok baru akan sampai hujung minggu ini. :)
Jom ramai2 singgah ke tapak perniagaan kami jumaat ini di air mawang, dan isnin depan di dangi. Boleh beli perfume buat diri sendiri atau hadiahkan kepada yang tersayang. Setiap hari boleh tukar2 bau perfume anda supaya lebih menarik. :))
No comments:
Post a Comment
Ask anything about our reviews or stocks.