Top Note, Middle Note dan Base Note.
Ramai pengguna perfume tidak menyedari tentang hal ini. Kerana itu anda beranggapan bahawa perfume adalah perkara biasa, membazirkan duit sahaja untuk membeli perfume yang mahal dan mungkin lebih selesa menggunakan pati minyak (roll-on perfume) yang boleh dibeli di bazar atau pasar malam kerana baunya sama sahaja.
Sedar atau tidak, perfume asli adalah tergolong dalam kategori Luxury Items. Sekaligus ia menjelaskan kenapa perfume asli adalah sangat mahal. Aroma perfume berasal dari proses penyulingan (distillation) bahan mentah (Herbs or Petals) sehingga menjadi pati perfume (Scented Oils) yang dipanggil Aromatic Compound. 1-40% Aromatic Compound akan dicampurkan dengan Solvent untuk menghasilkan perfume asli zaman moden dipanggil Fine Fragrance (Wangian Asas).
Setiap formula perfume asli walaupun dirahsiakan peratusan komponennya, akan digolongkan ke dalam satu 'Family' haruman. Ini kerana, secara keseluruhan bau perfume tersebut daripada top note sehingga base note boleh dijelaskan dalam kategori family haruman ini untuk tujuan komersil.
Top Note, Middle Note, Base Note adalah formula piramid bagi penghasilan perfume. Bau Top Note akan keluar (unfold) dahulu selama beberapa minit, diikuti bau Middle Note sehingga 20 minit. Setengah jam selepas memakai perfume, bau Base Note akan keluar.
Top Note ataupun Heads, akan memberikan gambaran seseorang. Bau ini boleh dikategorikan kepada keras yang melambangkan masculinity atau lembut yang melambang feminine atau bau yang kompleks melambangkan personaliti individu. Top Note mengandungi molekul kecil yang akan mengewap dengan pantas sebaik sahaja akan spray perfume anda. Bau ini sedikit tengik, yang akan menarik perhatian anda sama ada anda akan suka atau tidak pada perfume itu, dan ianya penting untuk pemasaran perfume. Selalunya bau ini lebih mengandungi bau alkohol / Ethanol.
Middle Note ataupun Hearts adalah kunci kepada perfume, ianya akan menghilangkan bau tengik Top Note yang muncul beberapa minit pertama pemakaian perfume. Middle Note akan membalut bau Top Note seiring waktu berjalan sehingga bauan perfume itu membuatkan anda semakin tertarik, dan semakin lama bau perfume itu tersebut akan lebih menyenangkan.
Base Note adalah bau yang akan mengewap dan timbul selepas 30 minit pemakaian perfume. Bau ini sama dengan bau permulaan untuk Middle Note. Base Note adalah lebih dalam dan lebih kompleks dan bau ini akan kekal sehingga perfume anda hilang bau.
No comments:
Post a Comment
Ask anything about our reviews or stocks.