Monday, February 3, 2014

Teknik Asas Memakai Wangian

Sepanjang kami menjalankan perniagaan menjual perfume, kami dapati hampir 80% pelanggan memakai perfume dengan cara yang salah. Walaupun ianya bergantung kepada keselesaan individu, tetapi memakai perfume dengan cara yang salah akan membuatkan ketahanan perfume berkurangan. Adakalanya pembeli menyalahkan penjual kerana menganggap penjual menjual perfume tiruan, kerana ketahanan perfume mereka tidak lama, sekitar 6 jam sahaja.

Secara konvensional, memakai perfume adalah di kawasan denyut nadi. Ini termasuklah:
1) Belakang telinga
2) Kawasan nadi leher
3) Di pergelangan tangan (bahagian tapak tangan)
4) Kawasan dalam siku 
5) Belakang Lutut


Walaupun anda memakai tudung, atau baju lengan panjang, memakai perfume di kawasan ini akan menyebarkan bau dengan lebih luas, kerana denyut nadi akan mengewapkan bau perfume setiap kali nadi anda berdegup. Sebagai tambahan, anda boleh memakai perfume di kawasan:
6) Anak rambut di dahi, atau di atas kepala (hanya sembur sedikit sahaja supaya mist perfume mencecah rambut)
7) Sembur perfume ke udara dan lalukan mist ke bahagian dada
Memakai perfume di kawasan nadi tangan adalah paling penting kerana pengewapan solvent perfume akan naik ke udara. Jadi setiap kali nadi anda berdetik, bau perfume akan mengewap naik ke atas menyebar ke sekeliling badan anda, dan rakan-rakan lain serta anda sendiri boleh bau haruman perfume anda.

Selain itu, pastikan kulit anda tidak kering kerana kulit yang kering tidak dapat mengekalkan aromatic perfume di kulit selama pengguna dengan kulit normal. Selain itu, jika anda dalam pengambilan ubat, pemakaian perfume turut akan mendapat reaksi sama ada baunya sedikit berubah, ketahanannya menurun atau bau tersebut tidak sesuai dengan anda sehingga menyebabkan anda pening kepala.

Memakai perfume juga dapat mempengaruhi keadaan fizikal seseorang dan mempengaruhi persepsi anda terhada sesuatu bau. Ada perfume yang dapat menyebabkan anda menjadi tenang, ada yang menyebabkan anda menjadi aggresif dan sebagainya. Ini kerana perfume terbentuk dari kombinasi herbs atau petals yang mana semua orang tahu mempunyai kesan terhadap fizikal tubuh seperti penyembuhan sesuatu penyakit dan lain-lain. 

No comments:

Post a Comment

Ask anything about our reviews or stocks.