Monday, February 3, 2014

Kenali Vials

Apa itu vial?

Bagi ramai orang, anda mungkin pernah melihat vial ini di pasar malam, shopping mall dan online blogshop. Cuma kadang kala kita tidak tahu namanya. Vial merupakan botol perfume kecil dengan isipadu maksima 2ml. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa jumlah isipadu perfume di dalam vial adalah bergantung kepada pengilangan vial tersebut iaitu di antara 1ml - 2ml.
Vial merupakan tester bagi sesuatu jenama perfume. Ianya non-sale item di counter (Perfume outlets) dan hanya dihasilkan bagi tujuan tester produk. Bagaimanapun, vials boleh dibeli dari pengilang kerana Designers Brand seperti Marc Jacobs, Kenzo, JLo, etc menghasilkan vial di kilang-kilang dalam kuantiti besar sehingga perniagaan Vials menjadi satu perkasa biasa. Oleh kerana Designers Brand ini membenarkan penjualan vials di luar counter, maka ramai peniaga yang menjadi pengedar dan penjual vials yang secara tidak langsung mempromosikan perfume mereka. Jika anda ingin membeli perfume botol besar, tetapi mahu test bau top note, middle note dan base sesuatu perfume jadi anda boleh beli dahulu vial tester. Anda tidak akan rugi sekiranya wangian perfume tersebut tidak sesuai dengan anda.
Selain itu vial tester ini kecil dan comel, membolehkan anda membawanya kemana-mana sahaja. Jika anda seorang lelaki, mungkin anda boleh masukan tester vial perfume ini didalam porch bag atau sling bag anda dan bagi wanita semestinya vial boleh anda masukan kedalam handbag anda. Jadi anda tidak perlu susah untuk bawa perfume botol besar untuk kesesuatu event.
Walaupun kuantitinya kecil tetapi setiap vial cukup untuk digunakan selama 3 hari hingga 5 hari. Malahan, dengan harga yang rendah anda boleh memiliki lebih dari satu jenis perfume untuk kegunaan harian. Cuba rujuk gambar dibawah sebagai contoh sebahagian daripada vial yang kami jual.








No comments:

Post a Comment

Ask anything about our reviews or stocks.