Pakej Dropship


Peluang Perniagaan bersama kami (Pakej Dropship)

ZM Zaimah Enterprise menyediakan peluang bagi usahawan yang baru mahu menceburi bidang di dalam dunia perniagaan wangian. Kami menyediakan 2 pakej iaitu Dropship dan Agent Reseller.


- Dropship ialah peluang berniaga tanpa modal -
  • Apa yang anda perlukan ialah iklankan produk kami. Promote, promote and keep promoting.
  • Harga wangian boleh dilihat dari laman blog kami atau terus wechat untuk reply yang lebih pantas.
  • Anda juga boleh menjual pada harga yang anda mahu untuk keuntungan maksima, tetapi disarankan mengguna harga yang kami tawarkan kerana ianya lebih kompetitif.
  • Anda boleh menghantar logo syarikat anda untuk kami print pada resit rasmi yang boleh meyakinkan pelanggan anda tentang perniagaan anda. Sudah tentu ini adalah added-value yang kami sediakan untuk anda.
  • Setiap dropshippers disarankan untuk menyimpan no tel utama kami iaitu 014-3382594 dan menambah kami di dalam senarai contact Whatsapp anda untuk hubungan yang lebih pantas berkaitan delivery, parcel tracking no, senarai ready stock dan sebagainya. SMS lebih digalakkan.
  • Gambar dari blogshop ini boleh anda gunakan untuk tujuan pemasaran. Sekiranya ada flyer atau poster promosi tertentu yang kami lampirkan di blogshop ini, anda boleh request dari kami untuk kegunaan anda.
  • Setiap dropshipper akan diberikan kod dropshipper dari pihak kami. Sila gunakan kod ini pada setiap pesanan Order Form anda. Kod ini akan kami gunakan untuk tujuan diskaun dan promosi khas untuk dropshipper.
  • Terma & Syarat sebagai dropshippers:
    • Kami tidak mengenakan yuran tahunan atau yuran pendaftaran seperti blogshop lain untuk kemudahan anda, bagaimanapun, hanya beli minimum 15 vials atau 5 miniatures (terhad kepada 2 alamat pelanggan) untuk melayakkan anda membuat pakej dropship bersama kami. 
    • Walau bagaimanapun, jumlah dropshippers hanya terhad kepada 40 orang buat masa ini. Sila emailkan detail anda sekiranya anda diterima untuk membuat dropshipping bersama kami.
    • Anda harus menghantar pesanan sekurang-kurangnya 15 vials atau 5 miniatures untuk setiap pesanan.
    • Penghantaran akan dibuat pada jam 4 petang hari yang sama sekiranya pembayaran tidak melebihi jam 1 petang. Penghantaran melebihi jam 1 petang akan dibuat pada jam 10 pagi hari seterusnya. Penghantaran akan dihentikan pada cuti am dan cuti khas, serta pemberitahuan akan dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum cuti.
    • Sentiasa semak Stocklist untuk keseluruhan stock vials dan miniatures di laman utama blog. Pertanyaan untuk stok melalui sms atau wechat hanya kurang dari 6 jenis.

No comments: