Kenapa isi kandungan vial tidak penuh?
Sekiranya anda terlibat dengan import atau export barangan dari luar, anda akan mengetahui tentang undang-undang logistik. Salah satunya ialah isipadu cecair perfume yang mengandungi alkohol tidak boleh melebihi 3/4 dari bekas vial. Ini kerana bekas vial adalah tipis dan alkohol mengewap. Sekiranya isi padu adalah terlampau banyak di dalam bekas boleh menyebabkan bekas pecah atau bocor. Bagaimanapun, untuk bekas full-size yang lebih tebal, ketumpatan dan pengewapan yang boleh ditahan adalah jauh lebih besar kerana itu hanya memerlukan sedikit ruangan kosong untuk pengewapan alkohol sahaja.
Apa beza EDT, EDP, Parfum dan Colone?
Perbezaan antara jenis-jenis perfume mempengaruhi tempoh ketahanan perfume tersebut. Walaupun begitu, tidak semestinye EDP adalah lebih lama berbandin EDT. Ini kerana, setiap Designers Brand meletakkan peratusan Aromatic Compound yang berbeza berbanding yang lain.
Bolehkah saya memakai perfume yang berlainan dalam masa satu hari?
Pada asalnya, setiap jenis perfume dicipta untuk kegunaan tempoh waktu yang berlainan. Sebagai contoh, 1 Million jika dipakai pada waktu tengah hari adalah selesa, manakala Omnia Coral lebih baik dipakai pada waktu senja. Setiap perfume mempunyai bau dan kepekatan yang diformulakan khas untuk tahap sensitiviti bau manusia, kerana tahap sensitiviti ini berubah mengikut waktu pagi, tengah hari, senja dan malam. Jadi anda boleh menggunakan beberapa jenis perfume pada satu hari asalkan anda rasa selesa.
Kenapa hanya ada vials dan miniature tapi full-size, body care dan coffret tiada stok?
Buat masa ini syarikat hanya menjual vials dan miniature.
Bagaimana untuk membeli barang?
Sila isi borang Order Form. Pihak kami akan memproses pesanan anda dan menghantar invois secepat mungkin.
Bolehkah pesanan dibatalkan?
Pesanan hanya boleh dibatalkan semasa penerimaan invois. Sebaik sahaja anda membalas confirmation order, pesanan tidak boleh dibatalkan. Pelanggan yang membatalkan pesanan selepas confirmation order dibalas akan kami blacklist dan dikongsi bersama online blogshop yang lain.
Adakah harga yang ditawarkan termasuk dengan harga pos?
Harga yang ditawarkan tidak termasuk harga penghantaran. Namun begitu, terdapat pakej pembelian yang kami tawarkan dengan percuma penghantaran.
Bagaimana menyemak 'Tracking No' Poslaju?
sila klik di sini Semak Tracking No Anda
Gambar perfume tidak dapat dilihat.
Sila hantarkan email kepada kami melalui contact form di sebelah kiri blog. Kami akan memuat naik gambar yang baru untuk anda. ataupun email kami di zawawi_moa@hotmail.com.
Apa status perfume alkohol? Halal dibawa solat?
Sila hantarkan email kepada kami melalui contact form di sebelah kiri blog. Kami akan memuat naik gambar yang baru untuk anda. ataupun email kami di zawawi_moa@hotmail.com.
Apa status perfume alkohol? Halal dibawa solat?
Soalan ini telah banyak kali diajukan oleh ramai pihak. Bagaimanapun, empat pihak utama yang telah menjawab soalan ini di Malaysia iaitu pihak JAKIM, JAIS, UIAM, dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa hukum penggunaan perfume asli dengan isi Etil Ethanol adalah diharuskan dalam solat. Anda boleh merujuk di internet atau dari laman web merek untuk pengesahan.
Sekiranya perfume mengandungi alkohol sah dibawa solat, jadi perfume tiruan juga sepatutnya sah dibawa solat. Apa pandangan ZM Zaimah Enterprise?
Kami merujuk kepada persoalan ini dengan jawapan dari empat pihak yang membenarkan penggunaan perfume asli yang mengandungi alkohol dalam solat. Setiap dari mereka mengatakan bahawa penjelasan mereka ialah hanya untuk isu penggunaan alkohol. Tetapi sekiranya perfume asli itu mengandungi elemen binatang yang haram, maka ia tetap haram. Ini kerana terdapat perfume asli yang menggunakan bukan sahaja elemen binatang haram, tetapi juga air kencing sebagai bahan solvent dan aromatic compound. Namun, pihak yang membenarkan import export perfume asli turut mengadakan pemeriksaan dari manufacturer perfume asli, serta Kementerian Kesihatan juga menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi produk perfume asli. Oleh itu, mereka dapat memberikan senarai perfume yang boleh digunakan oleh umat islam di Malaysia. Kesemua jenama perfume asli yang dijual di counter perfume di Malaysia, adalah bebas dari faktor syubhah atau meragukan untuk dibawa solat, bebas dari masalah kesihatan sekiranya digunakan, dan ini termasuk perfume yang dijual oleh online blogshop selagi mereka menjual jenama yang dijual di counter perfume.
Malangnya, perfume tiruan tidak boleh dibuat pemeriksaan kesihatan atau pemeriksaan di kilang untuk diberikan status halal. Justeru, walaupun kandungan alkoholnya dibenarkan, campuran aromatic compound dan solventnya yang lain kemungkinan berasal dari bahan yang diharamkan oleh syarak.
Jenama yang saya ingin beli tidak terdapat di dalam senarai stocklist, adakah ZM Zaimah Enterprise boleh mendapatkan perfume tersebut?
Pihak syarikat akan cuba untuk mendapakan jenama yang anda ingin beli, bagaimanapun, antara masalah yang dihadapi oleh online blogshop atau counter perfume adalah permintaan dan pembekalan. Majoriti besar penjual mendapatkan stok produk mereka dari sumber yang berlainan, kerana itu senarai ready stock yang dimiliki dan dijual juga berbeza. Anda mungkin boleh dapatkan jenama yang anda ingin dari blogshop lain atau pun mencuba jenama yang kami ada sebagai ganti.
ZM Zaimah Enterprise mengatakan bahawa perfume miniature yang saya tempah hanya akan sampai dalam tempoh sebulan, tetapi selepas seminggu telah menghantar perfume? Adakah ini perfume yang dipulangkan oleh pelanggan lain?
Pihak syarikat mendapatkan senarai barang yang kami jual terus dari agen tengah ataupun manufacturer di UK, France dan Italy. Tempoh masa penghantaran stock barang selalunya di antara 2 minggu hingga 1 bulan, oleh itu kami menggunakan strategi rounding import iaitu mengimport barangan setiap 2 minggu walaupun masih ada baki stok. Dengan itu stok akan sampai tanpa terhenti. Dalam setiap pesanan, kami telah memilih pelbagai jenama yang tetap dan jenama alternatif. Sekiranya jenama yang anda beli adalah termasuk dalam jenama tetap yang kami import, kami akan menghantar perfume anda selepas rounding import kami yang sebelumnya sampai sekiranya tiada tempahan untuk perfume tersebut, dan anda tidak perlu menunggu sehingga tempoh 2 minggu - satu bulan. Perfume yang telah kami pesan untuk anda sebenarnya masih lagi dalam proses penghantaran dari manufacturer.
Selain itu, kami sangat menjaga kualiti perfume dan kualiti packaging supaya tidak rosak semasa penghantaran kerana polisi kami adalah 'Sold items are not refundable'. Setakat ini perfume yang kami jual tidak pernah dipulangkan dan para pelanggan juga berpuas hati.
Bolehkah Agen / Dropship menggunakan gambar sebagai pemasaran produk?
Boleh. Gambar yang kami gunakan kebanyakan adalah daripada non-IPR image. Selain itu, terdapat gambar yang asli dari pihak kami dan gambar ini hanya boleh digunakan oleh Agen dan Dropshipper kami sahaja. Bagi tujuan promosi, kami turut menyediakan customize flyer / poster. Agen dan Dropshipper boleh request flyer atau poster dari kami melalui wechat atau email.
Adakah syarikat ZM Zaimah Enterprise menjanjikan bahawa setiap penghantaran akan dipenuhi? Banyak online blogshop adalah scammer dan saya tak mahu ditipu.
Mengenai ini, kami turut mengetahui dan scammer adalah antara punca online shopping berisiko kepada pengguna. Bagaimanapun, anda boleh melihat kepada ruangan Rujukan Syarikat. Di situ terdapat no SSM dan Tempoh Akif syarikat beroperasi. Melalui ini, sekiranya anda ada masalah dengan syarikat, anda boleh menghubungi pihak tertentu seperti Pihak Polis ataupun Aduan Pengguna. Pembayaran juga adalah melalui akaun utama Syarikat ZM Zaimah Enterprie (CIMB) dan Owner syarkat Zawawi (Maybank). Dengan ini, segala data berkaitan syarikat boleh anda capai sekiranya terdapat masalah. Pihak syarikat berharap anda boleh merasa yakin dengan cara ini.
Cuma hantar bukti pembayaran anda dan syarikat akan menghantar pesanan anda. Sila simpan bukti pembayaran anda sehingga perfume anda sampai. Bukti penghantaran dari pihak syarikat ialah bukti penerimaan. Bagaimanapun, sekiranya perfume tidak sampai, sila semak dengan syarikat penghantaran iaitu Pos Laju.
No comments:
Post a Comment
Ask anything about our reviews or stocks.