Hai readers,
Ramai orang tertanya-tanya, apa beza antara perfume asli dengan perfume tiruan? Dan ramai orang masih keliru tentang memilih antara perfume asli atau perfume tiruan. Tak kurang juga yang membuat research sendiri melalui internet dan beranggapan bahawa mereka sudah tahu tentang perbezaan antara perfume asli dan perfume tiruan.
Bagi kami di ZM Zaimah Enterprise, perbezaan antara perfume asli dan tiruan sudah semakin kompleks berbanding 3 tahun dahulu. Perfume tiruan masa kini mempunyai bau 'top note' yang hampir sama dengan perfume asli. Packaging juga lebih susah dibezakan, ketahanan bau juga lebih lama. Pendek kata, sekiranya anda bergantung kepada reviews perbezaan perfume asli dan tiruan yang ada di internet sekarang yang hampir kesemuanya sudah outdated, anda masih lagi akan tertipu dengan perfume tiruan.
Membezakan perfume asli atau tiruan.
1) Top Note, Middle Note, Base Note
Formula perfume tiruan mempunyai tiga kategori bau yang akan keluar menggantikan bau sebelumnya. Walaupun bau ini akan mempunyai kesinambungan dengan bau sebelumnya, tetapi setiap bau adalah hampir yang membentuk bau kompleks setiap perfume.
Perfume tiruan tiada bau kompleks seperti ini. Selalunya perfume tiruan mempunyai bau Top Note atau Base Note sahaja. Namun begitu, oleh kerana bau Middle Note dan Base Note perfume asli lambat unfold sehingga 40 minit pemakaian, pembeli yang tidak pernah memakai perfume yang asli selalunya tertipu dengan bau top note. Manakala bagi pembeli yang pernah memakai perfume asli, kemungkinan akan tertipu dengan perfume tiruan yang mempunyai bau base note berbanding bau top note. Faktor masa besar mempengaruhi kebolehan seseorang untuk membezakan perfume asli atau tiruan.
2) Packaging
Beberapa tahun dahulu, perfume tiruan sentiasa mempunyai perbezaan dengan perfume asli dari segi packaging. Ini kerana protection dari IPR (Intelectual Property Right) menghalang mereka dari meniru sesuatu produk secara 100% sama. Kerana itu perfume tiruan mudah dibezakan seperti melihat ejaan jenama Gucci menjadi Gutti. Tetapi dengan kewujudan negara yang tidak mengiktiraf IPR dan sokongan dari penduduk awam terhadap perfume tiruan terutamanya dari segi harga, menyebabkan kualiti perfume tiruan meningkat secara mendadak sehingga menghampiri 90% berbanding dengan packaging perfume asli.
Perfume tiruan tetap tidak menggunakan material berkuality tinggi (high class material). Perfume tiruan boleh dibezakan dengan melihat kepada ketahanan material packaging. Selalunya dalam tempoh setahun, kotak perfume asli tetap tidak akan luntur warna berbanding kotak perfume tiruan yang akan luntur dalam masa 6 bulan. Dari segi warna, terdapat perbezaan kecil di antara kotak tersebut, serta sekiranya perfume asli mempunyai tulisan yang glossy, perfume tiruan hanya menggunakan striking colour.
3) Botol Perfume
Pemicit botol perfume asli tidak akan tercabut walaupun telah dipakai selama 2 tahun, berbanding perfume tiruan yang rosak dalam jangka masa 3 bulan. Sekiranya pemicit botol anda rosak, anda boleh pulangkan dan minta tukar di counter perfume yang anda beli (hanya untuk pembelian di counter pefume seperti di Midvalley, The Mines, etc) dengan syarat anda masih mempunyai resit dan pembelian kurang dari tempoh masa yang ditetapkan (jangkaan sebulan). Tetapi, overall pemicit perfume asli hanya rosak sekitar 1% berbanding perfume tiruan yang memang akan rosak selalunya.
4) Spraying
Spraying perfume asli juga akan keluar dalam bentuk mist, berbanding perfume tiruan yang keluar dalam bentuk pancutan atau titisan embun. Spraying dalam bentuk mist akan membolekan aromatic compound tersebar ke seluruh bahagian tubuh anda dan ini membuatkan range of smell perfume anda lebih luas. Kita pakai perfume supaya bau yang tidak senang seperti bau peluh tertutup, tetapi range of smell yang kecil tidak akan dapat menutup bau peluh yang mempunyai range of smell yang rata-rata agak luas.
5) Ketahanan Bau
Perfume asli boleh bertahan sehingga 8 jam - 1 hari jika disembur ke tubuh, atau sehingga 2-3 hari jika disembur ke pakaian. Ini bergantung kepada kadar aromatic compound jenama perfume tersebut dan metabolisma badan anda yang akan menghasilkan peluh. Lebih kerap anda berpeluh, lebih cepat bau perfume akan neutral. Suhu tubuh badan anda juga akan mempengaruhi ketahanan bau. Aromatic compound secara general terbahagi kepada beberapa kategori iaitu 20-40% untuk Parfum, 15-30% untuk ESdP, 10-20% untuk EDP, 5-1% untuk EDT dan 1-3% untuk Cologne.
Perfume tiruan tahan sehingga 1-6 jam sahaja jika disembur ke tubuh atau 1 hari jika disembur ke pakaian. Ini kerana aromatic compound perfume tiruan adalah lebih kecil disebabkan perfume tiruan dicampur dengan solvent yang lebih banyak. Sekiranya perfume asli EDT memiliki 10-20% aromatic compound, perfume tiruan EDT hanya memiliki 5-10% sahaja.
6) Bau Kompleks
Kesan kimia di antara metabolisma tubuh dan aromatic compound perfume akan menyebabkan terdapat perbezaan di antara 2 orang yang memakai perfume yang sama. Sebagai contoh, seorang lelaki yang memakai perfume Dunhill Desire Red akan memiliki bau masculin yang selesa, tetapi seorang perempuan yang memakai perfume Dunhill Desire Red akan memiliki bau masculin yang lebih tengik.
Perubahan bau di antara 2 pengguna yang menggunakan satu perfume tiruan tidak akan berlaku kerana aromatic compound yang bertanggungjawab ke atas kesan kimia tersebut kecil dan tindakbalas adalah sedikit.
7) Bubbles
Bubbles adalah teknik biasa bagi membezakan perfume asli dengan perfume tiruan. Teknik ini senang sahaja, hanya ketuk botol vial di tapak tangan sekali dengan sederhana kuat, dan bubble di permukaan cecair perfume akan terhasil. Rata-rata perfume asli boleh bertahan selama 8-20 saat sehingga kesemua bubble hilang. Ini kerana, solvent yang bertindak sebagai pengewap bau adalah diperbuat daripada Ethanol atau Ethanol bercampur air yang berbentuk likat yang ingin mengewap bau dari aromatic compound keluar tetapi terhalang oleh penutup botol. Manakala aromatic compound yang diperbuat daripada scented oil mengekalkan bentuk bubbles dengan lebih lama. Kerana itu bubble ini akan terbentuk dan kekal lama sebelum hilang.
Perfume tiruan hanya tahan 1-5 saat sahaja bergantung kepada jumlah aromatic compound. Oleh sebab itu, bubble tidak kekal lama. Selain itu, solvent perfume tiruan juga boleh dibuat menggunakan cecair sabun, yang menyebabkan bau tidak mengewap dengan lama.
8) Molekul cecair
Ini adalah teknik kedua yang sering digunakan. Miringkan pemicit perfume asli ke sebelah kanan atau kiri dan goncangkan perfume sehingga molekul terbentuk. Saiz molekul ini adalah seperti titik debu kerana ini adalah aromatic compound (herbs or petals) yang digunakan, lebih banyak molekul ini lebih banyak aromatic compound yang digunakan. Molekul ini juga tahan lama sebelum hilang. Selain itu, cecair perfume tidak mempunyai keledak atau bahan asing. Teknik ini lebih rumit berbanding teknik bubble dan ramai yang beranggapan mereka boleh melihat bubble tetapi menggunakan teknik ini.
Perfume tiruan mempunyai molekul yang hampir sama tetapi cepat hilang dan mungkin ada keledak atau bahan asing yang boleh dikesan. Sebabnya adalah sama, kualiti material yang digunakan oleh perfume tiruan tidak seperti kualiti material perfume asli.
9) Harga
Perfume asli adalah kategori luxury item. Walau bagaimana banyak pun anda cari, anda tetap tidak akan dapat harga yang murah, sama ada bulk purchase dari luar negara, dari counter perfume dan sebagainya. Sebagai contoh, harga di counter ialah rm300, anda beli dari online shop lebih murah 70% dari harga counter iaitu RM90. Sebenarnya anda telah beli perfume tiruan.
Satu aspek yang perlu kita faham ialah Designers Perfume memperuntukkan jumlah yang besar untuk proses Marketing dan Advertising, Processing Products, Logistics, Raw Material dan sebagainya. Harga untuk satu batang kayu gaharu (herbs yang mengeluarkan bau wangi, boleh didapati di Malaysia) menghampiri RM1000 untuk satu batang bersaiz 15cm. Manakala proses Distillation hanya akan memproses Scented Oil dengan nilai yang lebih kecil dari raw material, kemungkinan 10ml untuk 15cm kayu gaharu. Formula piramid perfume pula mempunyai tiga layer bau dan setiap layer mempunyai kombinasi beberapa jenis bau. Dalam 100ml perfume, concentration aromatic perfume iaitu purata 20% bermakna 20ml adalah aromatic perfume.
Jadi anda bayangkan sekiranya 20ml ini diperbuat daripada kombinasi 10 jenis aromatic perfume, berapa harganya? Berapa harga solvent yang digunakan sebanyak 80ml pula, harga botol dengan kualiti tinggi yang digunakan, harga packaging dengan pigment ink yang digunakan (Kerana ZM Zaimah Enterprise terlibat dalam business printing, kami tahu beza di antara water-proof, water-base ink yang digunakan pada botol perfume, mug printing, etc), kos pekerja (Department Marketing, Department Process, RnD, etc) dan sebagainya. Apabila mengetahui kesemua ini, adakah Designer Brand akan menjual perfume mereka kepada peniaga kecil tempatan dengan harga murah? Jika anda lihat di eBay, Designers Brand homepage, anda akan lihat mereka sentiasa menjual perfume asli dengan harga mahal, kecuali sekiranya ada promosi tertentu, dan sekiranya anda pernah request untuk menjadi agent kepada produk mereka secara langsung dari homepage mereka, anda akan dapati mereka memberi anda harga agent dengan potongan 30% sahaja. Bagaimana anda boleh dapatkan perfume asli dengan harga semurah 70% diskaun daripada stokist perfume luar negara yang tiada kaitan dengan Designers Brand berbanding counter perfume yang mendapatkan perfume mereka dengan harga agent cuma 30% diskaun secara terus dari Designers Brand?
Selain itu, warga eropah juga membeli perfume dengan harga mahal sehingga rm200-300 atau lebih walaupun dengan promosi, mana logiknya kita warga asia boleh membeli perfume asli dengan harga semurah rm90? Paling rendah yang kami pernah jumpa ialah RM120 bagi perfume 30ml. Ini bermakna, sekiranya anda terjumpa perfume original 30ml dengan harga RM80 maka ianya pasti tiuan. Bagi kami di ZM Zaimah Enterprise, pengalaman kami berurusan dengan penjual atau pemborong perfume di internet membolehkan kami mengenal pasti keaslian sesuatu perfume berdasarkan harga dan jumlah isipadu perfume. Sebagai contoh, perfume Dunhill dengan isipadu 75ml sekiranya di Counter ialah RM250, di online harga paling murah ialah RM170 ataupun lebih kurang 30% lebih murah. Sekiranya harga tersebut lebih rendah dari nilai itu, maka keaslian perfume boleh dipersoalkan. Ini kerana, penjual yang mengimport perfume dari luar negara akan terbeban dengan kos pembelian dan penghantaran yang mahal, dan sudah pasti mereka tidak mahu kerugian atau mendapat keuntungan yang tidak berbaloi dengan usaha mereka.
Namun begitu, anda tetap boleh memperolehi perfume original dengan harga sehingga 70% lebih murah, iaitu sekiranya perfume tersebut adalah:
Namun begitu, anda tetap boleh memperolehi perfume original dengan harga sehingga 70% lebih murah, iaitu sekiranya perfume tersebut adalah:
- Knockoff - selalunya dipanggil original reject, ini kerana terdapat kerosakan pada kualiti item seperti bottle, kesalahan pada ejaan jenama, kerosakan pada spray dan kerosakan semasa penghantaran.
- Degraded - terdapat perbezaan dari segi bau perfume dengan bau standard jenama perfume tersebut.
- Tester - tester adalah perfume original yang tidak dijual tetapi dijadikan demonstrator di counter perfume. Bagaimanapun, penghasilan tester adalah lebih dari diperlukan dan Designers Brand menjual baki tester kepada wholesale supplier sebagai additional profit selain penjualan tester menjadi sebahagian dari pengiklanan perfume.
Walaupun begitu, hanya 20% peratus penjualan tester, knockoff dan degraded adalah perfume asli manakala yang lainnya adalah tiruan. Disebabkan itu, mengetahui cara asas membezakan perfume adalah sangat penting, untuk mengelakkan anda membazirkan duit membeli perfume tiruan pada harga perfume asli. Selain daripada tiga jenis perfume di atas, sekiranya anda membeli perfume original dengan harga murah tetapi di dalam packaging yang baru, masih sealed, anda sebenarnya telah ditipu.
Perfume tiruan boleh diperolehi serendah RM10. Anda bayangkan sekiranya harganya semurah itu, berapa rendah kualiti material yang digunakan? Satu daripada contoh yang kami boleh beri ialah, di GM terdapat 2 jenis perfume yang dijual iaitu satu di import dari Indonesia dan dijual diantara RM8-RM15 sebotol. Manakala satu lagi di import dari China dan dijual dalam lingkungan RM10-RM17 sebotol. Perbezaan di antara dua perfume ini ialah perfume dari China mempunyai kotak extra yang seakan-akan perfume grade Dubai.
10) Saiz perfume
Perfume original terdapat dalam pelbagai saize seperti vials, miniature (5-15ml), full-size (30ml-200ml). Ada perfume full size yang dijual dalam saiz maksima 75ml sahaja.
Bagaimanapun, perfume tiruan bagi full size kebanyakan dijual dalam saiz 100ml, walaupun jenama tersebut tidak ada saiz 75ml bagi perfume asli.
11) Penjual
Salah satu daripada cara paling selamat untuk anda membuat online shopping ialah dengan melihat kepada reputasi dan pengekalan online shop. Sangat ramai penjual perfume di internet yang menjual perfume authentic tetapi adalah perfume tiruan. Bagaimanapun, setiap dari mereka akhirnya akan berhenti beroperasi dalam jangka masa lebih kurang 4 - 6 bulan. Ini kerana pengguna yang tertipu tidak akan melakukan 'repeat sales' yang menyebabkan penjual terpaksa menghentikan operasi mereka setelah mengalami kerugian atau kemerosotan pelanggan. Berbeza dengan penjual perfume yang asli, terdapat beberapa nama besar yang kekal beroperasi sebagai online shop sehingga 5 tahun atau lebih. Kerana pelanggan akan kembali membeli setelah berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.
Kami di ZM Zaimah Enterprise, walaupun masih baru di dalam online shop iaitu selama hampir 2 bulan, kami yakin akan kekal bersama dengan nama besar yang lain di dalam perniagaan perfume tempatan di internet. Ini kerana selain daripada pelanggan di internet, kami turut mempunyai pelanggan di kawasan setempat yang sentiasa menyokong produk kami yang tentunya 100% asli.
Kenapa beli perfume asli?
Adalah penting untuk membeli perfume asli sekiranya anda adalah seorang penggemar perfume. Antara kebaikan membeli perfume asli adalah seperti beriku:
1) Setiap perfume asli yang dijual di Malaysia telah melalui pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan ini bertujuan mengelakkan perfume yang anda pakai tidak sesuai bagi penduduk Malaysia, selain mengelakkan risiko Alergik bagi yang mempunyai kulit sensitif. Pemeriksaan ini juga akan menolak kemasukan perfume yang menggunakan bahan berasaskan haiwan yang diharamkan. Ini kerana terdapat perfume asli yang menggunakan bahan tersebut di dalam perfume mereka.
2) Perfume asli mengandungi bahan ethanol (alcohol-based) yang telah diperiksa dan disahkan boleh digunakan di dalam solat. Namun, perfume tiruan mempunyai kandungan yang bercampur serta tidak dapat diperiksa, oleh itu, kemungkinan terdapat bahan yang dilarang boleh menyebabkan solat anda tidak sah.
3) Perfume tiruan juga didakwa mengandungi bahan-bahan merbahaya seperti agen peransang kanser yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada kanser dengan lebih tinggi kerana agen ini adalah solvent yang lebih murah. Walaupun sesetengah perfume asli juga mempunyai bahan peransang kanser, tetapi perfume ini telah disenarai hitam oleh agensi pemeriksa, badan-badan tertentu yang melindungi hak pengguna dan sebagainya, dan ini mengekalkan tahap keselamatan menggunakan perfume asli.
4) Penggunaan alcohol based akan memanjangkan ketahanan bau perfume asli berbanding solvent yang digunakan oleh perfume tiruan seperti sabun yang tidak mempunyai ketahanan yang lama.
Nasihat kami, bagi agen penjual perfume, jadilah pakar perfume sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ini. Seharusnya anda mempunyai pengetahuan asas mengenai perfume asli. Anda juga harus mempunyai kehendak dan minat yang tinggi dalam bidang wangian, termasuk mempunyai pengalaman (pernah membeli perfume asli dan perfume tiruan). Agen dalam masa yang sama juga bertindak sebagai stokist atau pengedar, bermakna anda sebenarnya memiliki perniagaan sendiri yang mempunyai business link dengan syarikat pembekal. Risiko besar anda ialah sekiranya memilih pengedar yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang perfume atau membekalkan anda perfume tiruan.
Berbeza dengan anda yang menjadi dropshippers, anda tidak perlu memiliki asas pengetahuan minyak wangi, anda hanya perlu mempunyai kemahiran marketing kerana anda tidak langsung memegang stok perfume. Walau bagaimanapun, risiko terbesar yang anda hadapi ialah berkaitan pembekal anda sendiri. Anda tetap perlu memilih pembekal yang benar-benar menjual perfume asli.
Anda turut bertanggunjawab ke atas keselamatan pelanggan anda serta kepuasan hati mereka. Dengan itu, anda akan mendapat pasaran yang mempercayai perkhidmatan anda serta reputasi anda juga terjaga.
Anda turut bertanggunjawab ke atas keselamatan pelanggan anda serta kepuasan hati mereka. Dengan itu, anda akan mendapat pasaran yang mempercayai perkhidmatan anda serta reputasi anda juga terjaga.
Kalau packaging jo malone vial cmna nk cam ori ke tak ye?
ReplyDelete