Saturday, March 29, 2014

Others: Pusat Dakwah Islamiah & Cheras

Open Booth & Carbooth


Malam Jumaat (28 March) kami ada bukak carbooth di kawasan Cheras berhampiran dengan YPC college. Kali pertama buka booth, kirenye agak excited sikit la. Ada berbagai jenis full-sized (testers box), miniatures dan vials. Walaupun tak banyak tapi sambutan agak memberangsangkan. Antara testers yang kami ada ialah Salvatore Ferragamo incanto shine & incanto heaven, Britney Spears island fantasy, Lacoste challenge, extreme, touch of pink, eau de lacoste, Fan di Fendi extreme, Moschino funny, toujoours glamours, Elizabeh Arden green tea intense, dan Guess gold, pink. 


Ada miniatures dan vials juga, antaranya Hubo Boss, Lanvin, Lacoste, Ferrari, Dolce & Gabbana, Moschino, Paco Rabanne, Calvin Klein. Walaupun hari hujan tapi kami terselamat sebab kami cuma open carbooth so dapat la tukar ke kawasan yang tak banjir. Pengalaman jumpa dengan pelanggan yang ada pelbagai kerenah ni memang seronok, bercampur marah dan letih sikit lah tapi ianya sesuatu yang normal dalam perniagaan. Jadi overall kami boleh katakan bahawa misi kami agak sukses malam ni. Testers yang tak terjual dah selamat di ambil oleh agen. Tinggal sedikit je miniatures dan full-sized yang kami ada.





Seterusnya pada hari sabtu (29 March) kami diberikan peluang untuk bukak booth di Pusat Dakwah Islamiyyah di Seremban. Hari ni agak kurang bernasib baik sebab peserta program tak seramai yang dijangkakan. Rata-rata peserta program adalah ahli puteri umno dan ceramah yang diberikan terlebih masa sampai jam 2 petang membuatkan mereka pun tiada mood nak shopping. :p

Antara pengalaman menarik ialah bila booth sebelah kami adalah gadis-gadis comel yang menjual cheese cakes. Cheese cakes diorang ni memang sedap, span kek kat belah dalam pun lembut. Borak-borak sikit then baru kami tahu diorang ni memang ada diploma in pastry. Patutlah kek diorang sedap, dan peserta program pun ramai yang beli kek diorang ni, termasuk la kami juga.

Ok yang ini bukan carbooth, cuma booth biasa je sebagai tarikan sempena program tersebut dijalankan.Yang ini kami cuma bawak miniatures dengan vials sahaja sebab tak sempat nak kira stok untuk agen jadi kami takut kalau2 terjual stok yang agen dah beli. :p



Selain dari perfumes, kami juga ada jual kain ela batik songket dan batik bunga emas. 100% cotton diimport dari Thailand. Kain ini tak panas bila dipakai. Dalam set ni mengandungi kain ela 2 meter dan kain italian organik 2 meter. Kain italian organik memang tak carik bila pakai. So boleh la sesiapa yang rajin menjahit baju sendiri tu order dari kami. Harga pasaran kain ini ialah RM180 untuk 4 meter tetapi kami jual hanya RM110 untuk 4 meter kain cotton batik, RM120 kain cotton songket dan RM130 untuk kain bunga emas. Kain ini adalah high grade material, lebih bagus dari batik viscose. Ada di antara kain ini dicop dan ada yang dicanting dengan dakwat lilin emas. *promot sedikit hehe.. :p

No comments:

Post a Comment

Ask anything about our reviews or stocks.